Tutorial: Menghasilkan Ringtones iPhone dengan menggunakan iTunes.

itunesimagetutorial

Bagi pengguna iPhone, semestinya anda sering kali bosan dengan ringtones yang sedia ada pada peranti iPhone anda. “Marimba” dan “Strum” sudah terlalu bosan untuk dijadikan ringtone sebuah peranti yang boleh dikatakan exclusive. Walaupun sudah diketahui bahawa ringtones untuk iPhone boleh di beli daripada iTunes Store, tetapi tahukah anda, bahawa anda boleh menghasilkan ringtones anda sendiri hanya dengan menggunakan iTunes pada PC/MAC tanpa memerlukan sebarang third-party apps? Hari ni kami ingin tunjukan beberapa langkah untuk menghasilkan ringtones pada peranti iPhone anda.

Continue Reading

Aplikasi di AppStore kini mencecah lebih 50 bilion Muat Turun

appstoreapps

Jumlah muat turun sehingga semalam di AppStore kini telah pun melangkaui angka 50 bilion sejak ianya di perkenalkan pada tahun 2008. Apple yang mana telah melancarkan “50 Billion App Countdown” sejak kira-kira dua minggu lalu; hari ini mengumumkan secara rasmi mencapai muat turun yang ke 50 bilion. Sehingga kini, pihak Apple masih belum mengumumkan apakah aplikasi yang ke 50 bilion yang di muat turun oleh pengguna iOS. Apple sebelum ini membuat kenyataan yang mana pengguna yang memuat turun aplikasi ke-50 bilion akan diberi $10,000 iTunes Gift Card untuk pembelian aplikasi di App Store, Mac App Store dan juga iTunes Store. Continue Reading

Konsep Multitasking dan App Switching yang Membuatkan iOS Tampak Menarik

 

 

Multitasking dan App Switching sememangnya sangat digunakan oleh pengguna smartphone pada masa kini di mana, jika membuka pelbagai aplikasi dalam suatu masa, contohnya melayari Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, pengguna tentu inginkan cara untuk menukar dan membuka aplikasi lain dengan lebih pantas.

ios-app-switching-concept

Walaupun terdapat tweak pada Cydia yang membolehkan pengguna untuk meng ‘customize’ kan cara app switching pada peranti mereka; sebagai contoh tweak Auxo yang membolehkan pengguna hanya menggunakan satu jari dan slide ke atas untuk melakukan multitasking.

Kini Sentry’s yang mana merupakan salah seorang designer untuk tweak yang popular terdapat pada Cydia; Auxo, beliau telah pun memperlihatkan salah satu konsep app switching yang sekali lagi berjaya mencuri tumpuan ramai. Jom lihat konsep video app switching tersebut. Continue Reading

Samsung Galaxy S4 Benchmarks menunjukan ianya Dua Kali Ganda lebih Pantas Dari iPhone 5

 

 

Seperti mana yang diketahui, Samsung telah pun melancarkan peranti terbaru mereka dari keluarga Galaxy S iaitu Samsung Galaxy S4 pada minggu lalu. Seperti kebiasaan di mana jika ada peranti terbaru dilancarakan, peminat-peminat smartphone akan menantikan benchmarking untuk peranti tersebut dan akan dibandingkan dengan peranti sedia ada di pasaran.

Primate Labs telah melakukan  Geekbench 2 pada peranti terbaru dari Samsung ini dan membandingkan markah dengan peranti telefon pintar yang lain, termasuk Apple iPhone 5. Continue Reading

Wordless Wednesday #2 : Apple

 

 

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. Continue Reading

Cuti Semester!! Hoyeah..

 

 

Arghh, kalau setakat malam panas Syed tak kisah, ini boleh banyak pulak ulat-ulat kecik yang warna hijau tu. Buat Syed rasa miang satu badan dan tak boleh tidur la cerita dia. So tadi Syed pun mandi untuk hilangkan miang dan kepanasan yang melampau ni. Tengah Syed mandi tadi tetiba rasa nak menulis blog datang. Idea ni time-time mandi jugak la kau nak datang kan. Hehe. Okay la tu daripada tak de idea nak tulis kan?

Yayyy, dah nak dekat cuti semester. Tak sabar rasa nak balik rumah. Nak rehat puas-puas. Nak lepak dengan kawan-kawan masa dekat matrik dulu. Sebenarnya kitorang dah plan nak gather balik. Saje lepak berkongsi cerita masing-masing. Insya allah kalau tiada aral melintang dalam awal bulan dua kami akan gather balik. Tak sabar nak jumpa dengan Akmal, Yasin, Aiman, Kimi tak lupa jugak Mustaq!! :)

Dan paling tak sabar nak jumpa kekasih hati ku. Rindunya aku terhadap dia terpaksa ku tahan seketika kerana masing-masing sibuk dengan final exam. Seminggu je lagi Syed. Sabar ye. Lagi pun aku ada something nak hadiahkan dekat si dia. Memang dah lama sangat dia nak. Apa eh?? Nanti aku bagitau ye. Hehe.

Tinggal lagi satu paper je Jumaat ni. Paper akaun, paper faveret ni. Insya allah akan all out untuk paper ni. Amin. Bayangkan aku kena amik paper LAW untuk sem ni. Ape kejadahnya kena belajar LAW? Kalau sekali pun kena belajar, biarlah paper ni tak ada final. Hurm.

Apa-apa pun tak sabar nak balik dah ni. Sebelum tu nak ucap terima kasih kepada P.A BM224 Puan Hayati yang memang sangat-sangat baik hati. Prof Song, Madam Kanni, En. Shukor, En Lim (class paling relax BEL), En. Shrfi (Jumaat ni paper dia) dan Laoshi Lim yang ajar kitorang Mandrian. Aku pun tak sangka yang boleh dapat B untuk Mandrian. Xiexie laoshi. Hehe. En Adnan yang ajar kitorang KESAT walaupun aku ni tak pernah pun kawad masa KESAT!!! Haha. jahat gila rasa bila orang semua kawad tengah panas kita relax dok tepi. :D

Blog ni pun dah banyak benda yang nak kena update nampaknya. Buka je Dashboard tadi dah disuruh update ke wordpress 3.5. Plugin pun banyak yang nak kena update. Mungkin sebab tu kot load untuk blog ini slow gila. Tunggu balik rumah baru settelkan update-update untuk blog ini ye. Yayy. Dah nak cuti. Bestnyeee..

p/s: Seronok bila dapat tulis ikut suka hati dekat blog sendiri. Wahh..I feel the passion.

Sah!! iPhone 5 akan tiba di Malaysia 14 Disember ini.

Sejak dilancarkan pada 12 September yang lalu, iPhone 5 yang amat dinanti-nantikan oleh pengguna Apple di Malaysia, semalam pihak Apple secara rasmi telah pun mengesahkan  bahawa iPhone 5 akan mula dijual di Malaysia pada 14 Disember ini bersamaan hari Jumaat.
iPhone 5 akan didatangi dengan 2 pilihan warna iaitu black & slate dan white & silver yang mana iPhone 5 akan mengunakan sistem operasi mudah alih paling maju di dunia iaitu iOS 6 dengan lebih 200 ciri-ciri baru seperti Apple Maps, Passbook, intergerasi Facebook dan juga Siri.

Sehubungan dengan kenyataan rasmi dari pihak Apple, kini syarikat telco di Malaysia telah pun memulakan pendaftaran minat untuk peranti mudah alih daripada Apple ini. Sehingga kini, hanya pihak Maxis dan juga Celcom sahaja yang baru memulakan pendaftaran minat tersebut manakala pihak Digi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Pendaftaran Minat dari pihak Celcom:
Pendaftaran Minat dari pihak Maxis:
Pihak Maxis menawarkan iPhone 5 dalam dua variasi warna iaitu hitam dan putih. Pengguna juga boleh memilih ruangan storan yang mana terdapat 3 model iaitu 16GB, 32GB dan juga 64GB. Bagi pihak Celcom, mereka cuma memaparkan pilihan warna sahaja di halaman pendaftaran minat tersebut.

Bagi pengguna Maxis dan juga Celcom yang berminat untuk mendapatkan iPhone 5, bolehlah membuat pendaftaran di laman web mereka.

Pendaftaran Minat untuk Pengguna Celcom;
Pendaftaran Minat untuk Pengguna Maxis.

Sumber rujukan: Apple, ShibliVision Fanpage.

Happy Birthday to Me! 19 Tahun Sudaa.

Ketika artikel ini ditulis, jam laptop Syed tepat pukul 11.11 malam, 13 November 2012. Lagi 49 minit, secara tak rasminya umur Syed akan genap 19 tahun. Kenapa tak rasmi? Sebabnya aku mula melihat dunia Allah, mula menyedut oksigen secara rasmi pada 14 November tepat pukul 9.20 malam. Nama diberi Syed Muhammad Naqiuddin Bin Syed Abu Halim. Panjang kan? So, nama timangan boleh panggil Syed. Cewah!! Hehe. Aku selamat dilahirkan di Hospital Mentakab, Pahang pada tahun 1993. Jadi bila ditambah, tolak kesemuanya, genaplah usia aku 19 tahu pada tahun ni.

Tiada perkataan lain dapat diucap selain rasa syukur yang amat sangat kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi peluang memohon keampunan selama aku menumpang di bumi Allah ini. Masih dibukakan ruang dan peluang untuk aku memperbaiki segala kekhilafan diri. Alhamdulilah, alhamdulilah dan alhamdulilah sahaja yang dapat diterjemahkan kerana Allah S.W.T memberi rahmat yang paling bernilai ini. Sempena awal muharam yang jatuh esok, insya allah aku akan cuba menjadi Syed yang lebih baik daripada tahun lalu. Biarlah segala yang tidak baik itu terus aku tinggalkan dan dibuang jauh-jauh daripada diri aku. Continue Reading

Apple dan HTC Capai Kesepakatan dan Tandatangani Perjanjian Berkenaan Isu Paten


Kes saman Apple pada Mac 2010 yang mana  Apple Inc menyaman HTC Corp nampaknya telah selesai selepas kedua-dua pihak terbabit iaitu Apple dan HTC bersama-sama telah pun menandatangani perjanjian selama 10 tahun berkaitan isu paten.

CEO HTC; Peter Chou mengeluarkan kenyataan yang mana mereka gembira setelah menyelesaikan masalah ini dengan pihak Apple. Peter Chou juga berkata, kini HTC boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada penghasilan produk mereka. Continue Reading