Arghh, kalau setakat malam panas Syed tak kisah, ini boleh banyak pulak ulat-ulat kecik yang warna hijau tu. Buat Syed rasa miang satu badan dan tak boleh tidur la cerita dia. So tadi Syed pun mandi untuk hilangkan miang dan kepanasan yang melampau ni. Tengah Syed mandi tadi tetiba rasa nak menulis blog datang. Idea ni time-time mandi jugak la kau nak datang kan. Hehe. Okay la tu daripada tak de idea nak tulis kan?
Yayyy, dah nak dekat cuti semester. Tak sabar rasa nak balik rumah. Nak rehat puas-puas. Nak lepak dengan kawan-kawan masa dekat matrik dulu. Sebenarnya kitorang dah plan nak gather balik. Saje lepak berkongsi cerita masing-masing. Insya allah kalau tiada aral melintang dalam awal bulan dua kami akan gather balik. Tak sabar nak jumpa dengan Akmal, Yasin, Aiman, Kimi tak lupa jugak Mustaq!! :)
Dan paling tak sabar nak jumpa kekasih hati ku. Rindunya aku terhadap dia terpaksa ku tahan seketika kerana masing-masing sibuk dengan final exam. Seminggu je lagi Syed. Sabar ye. Lagi pun aku ada something nak hadiahkan dekat si dia. Memang dah lama sangat dia nak. Apa eh?? Nanti aku bagitau ye. Hehe.
Tinggal lagi satu paper je Jumaat ni. Paper akaun, paper faveret ni. Insya allah akan all out untuk paper ni. Amin. Bayangkan aku kena amik paper LAW untuk sem ni. Ape kejadahnya kena belajar LAW? Kalau sekali pun kena belajar, biarlah paper ni tak ada final. Hurm.
Apa-apa pun tak sabar nak balik dah ni. Sebelum tu nak ucap terima kasih kepada P.A BM224 Puan Hayati yang memang sangat-sangat baik hati. Prof Song, Madam Kanni, En. Shukor, En Lim (class paling relax BEL), En. Shrfi (Jumaat ni paper dia) dan Laoshi Lim yang ajar kitorang Mandrian. Aku pun tak sangka yang boleh dapat B untuk Mandrian. Xiexie laoshi. Hehe. En Adnan yang ajar kitorang KESAT walaupun aku ni tak pernah pun kawad masa KESAT!!! Haha. jahat gila rasa bila orang semua kawad tengah panas kita relax dok tepi. :D
Blog ni pun dah banyak benda yang nak kena update nampaknya. Buka je Dashboard tadi dah disuruh update ke wordpress 3.5. Plugin pun banyak yang nak kena update. Mungkin sebab tu kot load untuk blog ini slow gila. Tunggu balik rumah baru settelkan update-update untuk blog ini ye. Yayy. Dah nak cuti. Bestnyeee..
p/s: Seronok bila dapat tulis ikut suka hati dekat blog sendiri. Wahh..I feel the passion.
Commentor Terkini